KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti dua lelaki yang melarikan diri daripada sebuah kawasan perumahan PPR yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Kampung Pasir, Kampung Pasir di sini, dengan menyusup keluar melalui pagar kawat berduri yang dipasang di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata pihaknya menerima laporan mengenai klip video tular yang memaparkan kejadian tiga lelaki melarikan diri melalui kawat duri tular di media sosial itu pada pukul 4.51 petang tadi.
Beliau berkata kedua-dua dua lelaki yang dikenal pasti berusia 34 dan 46 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah.
LIHAT VIDEO: Sanggup meniarap redah kawat berduri mahu loloskan diri
"Lelaki berusia 34 tahun itu mempunyai enam rekod jenayah di bawah kesalahan dadah berbahaya dan pelbagai kesalahan jenayah antaranya samun, curi dan lain-lain lagi, manakala lelaki berusia 46 tahun pula mempunyai sembilan rekod jenayah bagi kesalahan pecah rumah dan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Anuar berkata usaha mengesan lelaki ketiga giat dijalankan dan polis meminta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular melibatkan tiga individu yang melarikan diri itu.
Semalam, tular sebuah video berdurasi dua minit empat saat yang memaparkan tiga lelaki melarikan diri menerusi pagar kawat duri yang diletakkan di sekeliling blok PPR berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 04 2021
Kedua-dua dua lelaki yang dikenal pasti berusia 34 dan 46 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah. - Foto fail
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Johor rancang buka 10 lagi pusat data
Johor merancang untuk membuka 10 lagi pusat data di negeri berkenaan bagi menarik pelabur luar sekali gus meningkatkan pertumbuhan kadar ekonomi serta peluang pekerjaan.
Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam
Muhammad Fauzi berkata, ia penting kerana menyedari sensitiviti yang berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan hal ehwal Islam dan Melayu.
Lenovo umum enjin baharu dikuasakan AI bagi bantu perniagaan kurangkan jejak IT
Ia bagi memperkasakan perniagaan dalam membantu membuat lebih banyak keputusan yang dipacu data dan mampan untuk pembelian teknologi maklumat (IT).
Pesara komando labur hampir ratusan ribu kumpul barang lama
Bermula dengan sebilah keris lama, seorang pesara komando Mansor Mohd, 74, dari Kampung Rhu Renggeh di Marang mula berjinak-jinak mengumpul barang antik sebagai koleksi peribadi.
IHR, perjanjian pandemik: Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti - PM
Malaysia berpegang kepada prinsip kesaksamaan dan solidariti untuk dilaksanakan dalam semakan Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) serta perjanjian pandemik.
JWP fokus selesai isu IMM13 di Labuan dan warga asing di KL
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan fokus kepada usaha menyelesaikan isu IMM13 yang berlarutan sejak sekian lama di pulau bebas cukai ini dan lambakan warga asing di Kuala Lumpur.
Susah, senang perjalanan haji muslimah muda
Guru tadika, Noorfarhanah Ahmad Sukri menganggap kedatangannya ke Tanah Suci dan rezeki dapat menunaikan haji pada tahun ini adalah hadiah paling bermakna diberikan allahyarham bapa yang bersusah payah menabung dan menyimpan duit raya di akaun Tabung Haji dan membolehkannya bergelar haji muda pada usia 25 tahun.
Mara Corps teroka kerjasama dengan syarikat gergasi China
Melalui kerjasama ini, Mara Liner berhasrat menjadi peneraju dalam pembekalan bas EV termasuk jualan langsung dan pajakan untuk kegunaan awam dan kerajaan.
Liga Super: Polis mengesan suspek terlibat kekecohan
Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan yang melibatkan penyokong bola sepak di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, semalam.
PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.
COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.
PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.
PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.
PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.
PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.
PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.
PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.